Monday, 14 November 2011

Beza Memang Berbeza

Dua tiga bulan ni aku busy sangat2. Busy la sangat kan, busy main game kat opis. Sibuk bersosial dan bina istana di alam maya. Hahaha. Aku dah cuba pergi bercuti kat dalam dan luar negara. Aku dah cuba amik cuti seminggu rehat dekat rumah, mana la nak tau kot2 mahMOOD untuk bekerja dengan lebih rajin dan berdedikasi akan muncil. Tapi mahMOOD tarak juga mari. Adoila, macam mana nak buat makin hari makin jauh mahMOOD pergi. Mana mau cari itu mahMOOD. Tolong kasi idea sama saya juga.


"Tidak perlu membandingkan dirimu dengan orang lain. Barangkali satu-satunya orang yang harus kamu bandingkan adalah dirimu yang kemarin."


Aku bandingkan diri aku dulu dengan sekarang. Memang jauh beza. 

Wednesday, 19 October 2011

What I will be after ....

Dulu ada orang tanya aku, "Hang tak da rancang apa-apa? Hang nak makan gaji kat sini sampai bila-bila ka?"
Aku pun balas, "Ada, aku nak sambung belajaq".
"Dah abis sambung belajaq, hang nak buat apa?" banyak plak solan dia.
"Cari kerja yang best skit."
"Makan gaji lagi? Hang tak mau ka buka business sendiri, jadi bos. Asyik jadi kuli ikut arahan orang." bagi cadangan cam kacang ja nak buat business.
"Aku tak reti la nak buka business, nak jual apa. Lagipun aku tak reti nak arah-arah orang."
"Habis sampai bila hang nak dok sini." Ish banyak bunyi la dia ni. Hempuk kang.
"Tengoklah, kalau dapat offer tempat lain yang lagi best, aku blah la."

Tapi sekarang gua dah kaya beb, kalau nak ikut gaji company sekarang memang taklah. Jadi gua buat part-time job yang masyuk gila babas.

Gua dah masuk MLM. Korang tak percaya? Meh gua tunjuk bukti-bukti kukuh.

Friday, 23 September 2011

Si Kecik dan Keretapi

Waktu ni si kecik hantar aku balik KL. 
Aku balik naik keretapi jam 11 malam. 
Jam 7 pagi aku sampai KL Sentral. 
Jam 8 pagi aku sampai opis. Hehehe.
Sila click dekat gambar untuk lihat lebih jelas. :-D



Si kecik memang takut dengan bunyi yang kuat. 
Kalau ayah aku bersin kuat, dia akan menangis sebab ingat tok wan kesayangan dia marah dekat dia. 
Kalau mak aku tengah blend ikan, dia akan lari dok jauh-jauh. 

RC: Haila si kecik. Rindu dengan mulut pot pet pot pet dia. Aku pakai paint ja. :-D

Friday, 16 September 2011

Budak Penjual Kuih


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Wednesday, 31 August 2011

Mencari Damai : 9 (22 & 23 Ogos 2011) Balik

Jam 7 pagi dah pakat berkumpul di lobi hotel. Ada yang sempat shopping kali terakhir. Ada yang sibuk bergambar. Jam 9 pagi bas dah muncul. Perjalanan dari Madinah ke airport di Jeddah kejap ja. 4jam 30minit. Sampai di airport kami solat jama' Zohor dan Asar.

 sanggup lintas jalan sebab nak amik gambar depan hotel.

Mencari Damai : 8 (20 & 21 Ogos 2011)

20 Ogos 2011 kami masih lagi di Jeddah. Mulanya jam 11 pagi kami akan berangkat ke Madinah, tapi di tunda ke jam 2 petang.

Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kami berhenti untuk berbuka di satu kawasan rehat.

Mencari Damai : 7 (18 & 19 Ogos 2011)

18 Ogos 2011 dah tak da sesi ziarah ke mana-mana. Sesiapa yang nak buat umrah boleh naik teksi. Teksi selalunya lebih kurang 20 riyal untuk satu perjalanan. Diorang akan sebut umrah... umrah... umrah. Maksudnya, sapa yang nak buat umrah diorang akan bawa untuk bermiqat di Taneem. Itulah tempat yang paling dekat.
lepas Subuh

Mencari Damai : 6 (17 Ogos 2011)

Seperti biasa berkumpul di lobi jam 6 pagi. Sekali lagi kami lalu di Mina, Muzdalifah dan Arafah. Jam 6.45 kami tiba di Muzium Warisan Manusia. Muzium purba persendirian. Masuk dikenakan bayaran. Berapa aku tak taulah sebab dah sekali dengan package. Di sini banyak gambar lama sebelum Masjidil Haram dibesarkan. Barang-barang lama, kitab-kitab lama dan adat-adat orang Mekkah.


Mencari Damai : 5 (16 Ogos 2011)

Hari ni lawatan sangat pendek ja. Sepatutnya kami pergi melawat ke Perkuburan Ma'la pada 13 Ogos hari tu. Disebabkan dreba salah dengar dia bawa terus pi Taneem. Jadi hari ni kami dibawa ke Perkuburan Ma'la.
Di sini letaknya makan Saidatina Siti Khatijah, isteri Rasulullah.


Mencari Damai : 4 (15 Ogos 2011)

Hari ni kami pi melawat banyak tempat. Semua dekat-dekat dengan kawasan Mekkah juga. Seperti biasa berkumpul di lobi jam 6 pagi. Tempat pertama kami lawat adalah Jabal Thur(Bukit Thur). Aku hanya amik gambar dari dalam bas. Kami tak turun pun. Di sini terdapat Gua Thur tempat persembunyian Rasulullah dan Saidina Abu Bakar dari orang-orang Quraisy yang hendak membunuh Rasulullah.

kalau dari dekat boleh nampak ada orang sedang mendaki.

Mencari Damai : 3 (14 Ogos 2011)

Rutin pagi dan malam macam biasa, subuh, isya dan tarawih di masjid, yang lain semua di hotel sebab tak sanggup nak redah bahang panas matahari. Jarak dari hotel ke Masjidil Haram lebih kurang 2KM. 2 kali kena lintas jalan. Kat sini nak lintas jalan tak payah tengok kiri kanan. Tengok kanan ja sambil angkat tangan pastu jalan ja. Kalau kena langgar diorang yang salah. Hehehe. Sini setiap masa akan dengaq bunyi hon. Tak da apa-apa pun diorang akan bunyikan hon. Aku pun tak tau kenapa. Pak arab gaduh sebab berebut sapa yang nak pi dulu dekat lorong yang kecik pun aku pernah tengok. Kata ustaz orang-orang Mekkah ni garang-garang, begis dan tegas. Itu kapala ada batu juga duduk dalam. Hehe.

Mencari Damai : 2 (13 Ogos 2011)

Seperti hari sebelumnya, jam 3 pagi kami semua sahur. Lepas sahur terus pi Masjidil Haram untuk solat Subuh. Balik subuh terus bersiap untuk berjalan-jalan. Jam 6 dah berkumpul kat lobi untuk pergi ke Taneem. Hari ni aku tak buat umrah. Penat buat umrah semalam tak hilang lagi. Terasa sakit betis dan tumit. Tumit aku merekah sebab jalan atas tar tanpa kasut.

selepas subuh di luar masjid

Mencari Damai :1 (11 & 12 Ogos 2011)

Minggu ni story morry aku panjang. Al-maklumlah dekat 2 minggu menghilang dari Tanah Melayu.
Packing barang dah mula awal. Berapa kali aku buka tutup beg pun aku tak tau dah. Ada ja benda yang disumbat dan dibuang. Selagi tak bergerak, selagi tu la beg tu dok buka tutup.

Rabu, 10 Ogos 2011. Sepupu sepapat, pak menakan, mak sedara dah mai berkumpul kat rumah lepas solat Asar. Berbuka hari tu memang meriah. Kira semperna hari lahir aku dalam tahun Hijrah, 10 Ramadhan. hehehe.

Saturday, 23 July 2011

Tercapaikah.....


Bulan Mei yang lalu, aku habis baca Contengan Jalanan. Penulisnya Hlovate. Tahun lepas aku dah beli [tunas] dan Rooftop Rant. Bila aku baca Contengan Jalanan, aku terasa alangkah bagusnya kalau aku juga boleh buat seperti yang dilakukan oleh Fend. Sebulan di bulan Ramadhan, berada di bumi Australia sambil belajar erti hidup. Menghayati erti Ramadhan dan memahami maksud, "The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th".

Thursday, 21 July 2011

Sanah Helwa Ya Jamilah

Di petang hari yang tak berapa nak damai. Sebab otak tengah serabut.
Sedang aku melihat kemachoaan, kehensomen, kecoolan semua ke.... an pakwa tak rasmi aku, Song Seung Heon, tiba-tiba member aku masa sekolah menengah YM aku.
Aku sangkakan dia nak tanya pasai jamuan raya + reunion sekolah 3 Sept nanti.
Sekali salah teka da. Apa da

Friday, 15 July 2011

Oh No... My Tough guy

Korang kenai tak mamat ni
Famous Amos mamat ni. Takkan tak kenai kot. Cuba tengok muka dia betui2.

Nickname mamat ni kat d-addicts Tough Guy. Tak percaya pi la kat link ni.
Apa kes plak tetiba aku buka crita pasai mamat ni. Meh sini aku nak story mory skit. Hehe

Tuesday, 12 July 2011

Hadiah dari MAXIS

Besday aku dah lama berlalu. Mak tak call pun ucap appy besday. Sadiskan. Selalu mak aku call. Layan sayu plak.
Pada suatu hari yang hening, tetiba aku dapat call dari Miss Geetha. Dia kata nak bagi aku hadiah. Wah tetiba rasa nak joget lambak plak. :-D
Panjang lebar dia crita kat aku, tapi satu pun tak masuk dalam kepala otak aku. Tak taulah kenapa.
30 Jun 2011, hadiah tu sampai ke tangan aku.

Ni lah hadiah yang aku dapat dari MAXIS.

Monday, 11 July 2011

PAK MAT YANG FAMOUS AMOS


Korang ingat tak lagi lagu Pak Mat yang jual macam-macam benda.
 Lagu dia lebih kurang camni.
"Malam yang sepi ... pi ..pi,
Pak Mat jual topi... pi .. pi.
Topinya koyak... yak.. yak,
Pak Mat jual tempoyak... yak... yak.... "

Inilah kerja aku. Hahaha. Tika dan saat kepala otak aku biol. 
Lepas perkataan putus tu aku dah blur tak tau nak sambung.
Sapa yang ada idea, sila lah samung. hehe

RC: Aku pun tak tau apa aku buat da. Cuma teringat zaman kanak-kanak dulu.

Wednesday, 6 July 2011

Kerja Gila Lagi

27 Jun 2011, aku masuk opis dengan sedikit longlai. Biasa la tetiap hari aku masuk opis longlai.
Aku rasa bulan enam tahun ini penuh dengan berita, crita dan perancangan yang cukup memeranjatakan aku.
Macam biasa masuk opis ja terus on PC dan check e-mail. Aku dapat e-mail yang unsangkarable tak disangka.

Sunday, 3 July 2011

Kalau ALLAH baik, buat apa ALLAH cipta neraka?


“Kalau ALLAH baik, buat apa ALLAH cipta neraka? Kalau ALLAH baik, cipta syurga ajelah…”
—————————–
Bismillahirrahmanirrahim…..
Ini kisah benar.. kisah seorang gadis. Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.?

Monday, 2 May 2011

Mat Pink Kawin

1 Mei 2011, Hari Pekerja. Cuti... yeeee.. tapi ada juga yang tak bercuti.
Banyak kenduri kendara.
Janji dengan Miss Kina nak pergi together2. 10 kali aku call tak dapat2.
So, aku pun merempit la sesorang ke Ampang Hilir.

Mat Punk Kawin

Cuti Sabtu Ahad ni ramai sungguh orang kawin. Termasukla bebudak opis aku.
Anak2 buah En. Z. Dua orang kawin.
Tinggal sorang ja lagi anak buah En. Z yang masih solo.
30hb April 2011, aku pi kenduri kawin Mat Punk dekat Ideal Convention Center, Selayang.
Memang dasyat... grand giler...

Wednesday, 13 April 2011

CSS: Screen and Print Stylesheets

Benda ni dah lama aku tinggalkan.
Hari ni baru teringat nak godek dan buat balik. 
Maka dengan itu terpaksala godek-godek balik. 
Kena tengok macam mana nak buat. 
Sila lah korang test.
Baru korang boleh nampak macam mana output dia nanti.

Tuesday, 12 April 2011

Ops Burger King

Rasanya dah berpuluh2 kali nak buat Ops Burger King ni. Tapi asyik terbantut ja.
Kejap2 Dewman tak mai. Neotech sibuk meeting. Atoy sibuk dating. Iqwan urus hal kawin. Dali MC. Zaidie antar bini check up. Pastu gaji baru masuk la plak. Rancang dari bulan Januari, akhirnya bulan April baru la terlaksa.

Thursday, 10 March 2011

Bila Tenet Biol

Tenet kat opis dalam 2 hari ni biol.
Awal-awal pagi ok ja. laju berdesup.
Bila dah pukul10 atau 11 dia dah start slow.
Pastu terus tak da.
Tunggu dua tiga jam plak, ok balik.
Yang herannya tak semua orang kena.
Yang lagi herannya, aku paling kerap kena.
Cik Dewman, bila tenet tak da dia layan Plants vs Zombies.
Aku malas nak install game, maklumla selalu main online.
So aku main la game ni.

gigih tak aku main, baru 2 hari tenet problem dah 200 kali aku main. :-D

RC: Aku karang petang semalam sebelum balik. Tetapi memandangkan sebelum balik ja dah dekat 5 kali tak da tenet, so ari ni je la aku post. hahaha

Thursday, 24 February 2011

Heliza Helmi - Cuma Aku

Aku tak berapa minat dengan Heliza ni sebenarnya.
Tapi aku suka lirik lagu dia.
Dushhh.... cam sesuai lagu ni untuk diri aku.
Video clip dia pun agak menarik dan simple.
Jom layan.....

Tuesday, 22 February 2011

PHP Meetup 2011: Framework Shootout

Tengah aku main click2 kat FB tetiba aku nampak satu event. Event cam tajuk kat atas tu la. Aku pun terus inform kat member yang minat nak pi. Ok aku ada geng. Bos plak memang tengah paksa pilih framework. Aku ni mana reti guna framework. Selalu dok buat plain PHP je. PHP bodo-bodo tu. Satu page ada macam-macam mak nenek. Jadi masa ni aku gunakan untuk pilih, mana satu frameowrk yang menyenangkan aku.

Monday, 21 February 2011

Aku dan Benda baru

Tahun ni aku dapat 3 benda baru. Best ooo.
Memang asyik explore je. Tapi tak abis2 lagi explore.
Malangnya satu telah ditarik balik. waaa.
Sian kat akukan. Sempatla bersama dia seminggu.
Maka tinggal la lagi dua.

Burung yang Marah

Apa yang hampa buat bila boring kat opis?
Apa yang hampa buat bila rasa malas nak buat kerja?
Apa yang hampa buat bila internet tiba-tiba tak da?
Apa yang hampa buat bila rasa tekanan jiwa kat opis?

Ni apa yang aku buat dengan opismate aku. menghabiskan masa di opis.
Kadang-kadang sanggup balik lambat.

Tuesday, 15 February 2011

Lepaskan Tekanan

Penat balik Indon tak hilang lagi, Sabtu Ahad aku pi Terengganu plak. Dah ada orang ajak jalan-jalan. Aku on je la. Bukan aku yang drive pun. Hahaha.

 
Ni makan malam aku. 
Tapi tak abis sebab petang tu dah pi melantak bihun goreng dan kopok lekor.

Ni hasil melantak dua orang. Roti tu gulung buat macam kebab.
Tu pun tak abis. Apa la nak jadi.

 
On the way balik singgah Cerating. Sunyi sepi ja. Tak ramai orang.
Mungkin sebab hari Ahad. Ada kaitan ka??

Apa beza perahu dan sampan?

RC: Best juga dok tepi pantai, sambil angin bertiup. Pekena plak kopok lekor panas-panas. Fuhhh.. sodap tak terkata.

Monday, 14 February 2011

Seram... seram ke??

Hari ni aku sampai opis agak lambat. 9.05AM. Ikut jam kat tangan aku ler. Ikut jam punch tadi tak tau plak pukul brapa. Aku kalah dengan bos. Bos dah sampai dulu la. Sebagai pekerja yang cemerlang dan penuh dedikasi, tak sempat duduk lagi dah on PC. Terus masuk YM dan Skype. huhuhu. Tengah kusyuk buat kerja, tiba-tiba....

Saturday, 22 January 2011

Melawat Hasil Pengeluaran

Alhamdulillah, opismate aku selamat melahirkan anak yang kedua. Girl ok. Namanya Hani Batrisya. betulka aku eja. Maka dengan itu, kami pun buat la rombongan Cik Kina ke Taman Jasa Utama, Selayang. Ahli-ahli rombongan yang lain ialah Cik Dewman, Cik Zorah dan Cik Syaz. Aku sebagai penunjuk jalan memandangkan aku dah berkali-kali pi, dan kancil Cik Kina dijadikan mangsa.

Thursday, 13 January 2011

Rokok oh Rokok

Tak mau cakap banyak. Hampa baca la ayat2 yang tertera kat gambaq tu. :-D


RC: Kepada yang merokok tu. Bawa2 la berenti. Tak payah lah jadi kawan jin.