Friday, 23 March 2012

Jalan Jalan Isi Perut

Al-kisahnya 11 Mac 2012 ada kenduri kawin member UIA aku kat Melaka. Aku, Ima dan Fenny jadi wakil gurl2 untuk pi kenduri rumah dia. Tapi masalahnya, sorang pun tak tau kat mana rumah kenduri tu. Al-maklumlah dapat alamat tak dapat peta, tu yang haru tu. Jadi terpaksa la dengan tak malunya kacau mana-mana makhluk yang kami rasa tau kat mana rumah dia di tengah-tengah malam. 
Dekat jam 1 pagi dapat la lokasi rumah pengantin dan petua-petua untuk sampai. Dah dapat petua tu, transfer dia ke google maps supaya senang nampak dengan jelas. Jam 10.30 pagi kami bergerak ke Melaka. Nak dekat sampai, sekali petua yang kami dapat salah da. Terpaksa buat u-turn.

Dekat jam 12.45 tengah hari kami sampai ke rumah pengantin. Time tu pengantin tengah makan, so kami pun terus pi makan dulu la. Dah kenyang makan baru pi bergambaq dengan pengantin. Jam 1.30 tengah hari kami terus beredar. Huahaha. Kejap gila pi makan kenduri.

PENGURUSAN STRES MENGIKUT CARA ISLAM

Ya dah lama tak update. Biasala aku saja buat-buat bz. Tapi hari ni aku ada terbaca satu artikel yang aku rasa aku boleh kong...si kong...si kong sini. Berkaitan stres. Yaaaaa betul semua orang pernah stres dan aku selalu stres.


APAKAH ITU STRES?

Respons seseorang terhadap sesuatu tekanan yang wujud.

Tekanan ini mungkin sesuatu yang:
- wujud tanpa dicari.
- wujud sebab kita mencari.
- wujud sebab kita lemah.


DI MANA TERLETAK KELEMAHAN KITA SEHINGGA KITA BOLEH BERTINDAK NEGATIF TERHADAP STRES?

- Kelemahan rohani.
- Kelemahan jasmani.
- Kelemahan akli.
- Kelemahan emosi.


APAKAH UKURAN-UKURAN UMUM KELEMAHAN 4 DIMENSI MANUSIA INI?

KELEMAHAN ROHANI
- Hubungan dengan Allah SWT rapuh.
- Akhlak kita buruk.

KELEMAHAN JASMANI
- Sering uzur dan lemah.
- Daif ekonomi.

KELEMAHAN AKLI
- Lembab fikiran.
- Jahil segi ilmu bermanfa’at.

KELEMAHAN EMOSI
- Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur tidak sihat.
- Mudah melayan sifat-sifat keji dalam diri sendiri.


APA YANG BERLAKU PADA JASAD KITA?

1. Kadar degupan jantung meningkat.
2. Tekanan darah meningkat.
3. Otot-otot mengeras dan tension.
4. Proses penghadaman lebih perlahan.
5. Perut mengeluarkan lebih banyak asid.
6. Kolestrol dan lemak lebih menyerap dalam saluran darah.
7. Penafasan semakin cepat sebab paru-paru cuba menerima lebih banyak oksigen.


APAKAH KESAN ATAS ROH KITA?

1. Lebih lemah.
2. Lebih mudah ditembusi dengan unsur-unsur jahat termasuk iblis dan makhluk halus.
3. Lebih terdedah untuk melakukan mudarat ke atas pihak-pihak lain dan diri sendiri.
4. Lebih kerap melakukan perbuatan yang menunjukkan sikap memberontak kita terhadap Allah SWT.


TANDA-TANDA AMARAN STRES

1. KESAN TERHADAP JASMANI DAN KESIHATAN

-Kerap gigit bibir.
-Mulut dan tekak mudah kering.
-Kerap jilat bibir.
-Sering ketap gigi dan geraham.
-Jika ketapan ini berlaku ketika tidur, geraham akan rasa sakit atau sengal.
-Menarik nafas lebih dari yang perlu, hingga membawa pada banyak sendawa atau perut kembung.
-Menarik nafas secara pendek dan singkat disebabkan perasaan gusar.
-Mudah selsema, demam, sakit kepala, gastrik dan panas dalam dada.
-Tekanan darah meningkat.
-Lemak cepat berkumpul di bahagian perut.
-Nadi laju.
-Susah lelap untuk tidur.
-Mudah letih.
-Suka mengetuk-ngetuk meja dengan jari.
-Percakapan laju.
-Menggigit kuku.
-Kerap mengkebil mata.
-Mata atau kening mata sering bergerak.
-Ketawa tidak menentu.
-Suka menghentak lantai dengan kaki.
-Buang air besar tidak menentu.
-Kerap buang air kecil.
-Pusingan haid yang tidak menentu.

Yang merah tu memang selalu aku buat. Masa aku tengah menaip ni memang tengah sakit gigi geraham, dah 2 kali telan panadol. Bibir dah kering walau dah habis sebotol air mineral 1.5 liter. Tekak sakit lagi perit. 

2. KESAN ATAS GAYA MAKANAN

-Kuat makan.
-Selera untuk gula-gula meningkat.

-Mudah hendak mendekati arak.
-Mirip untuk mengambil ubat-ubat yang bersifat dadah.



Memang aku kuat makan sekarang. Sebab tu badan cam di pam2. Dah la malas bersenam. :-D


3. KESAN ATAS HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

-Mudah membenci.
-Sukar hendak mempercayai orang lain.
-Hilang minat dalam hubungan kelamin.
-Sukar meni’mati keakraban.
-Lebih mudah berkonflik dengan ahli keluarga.
-Lebih mudah membuli mereka yang lebih muda atau lebih rendah jawatan berbanding kita.
-Tidak selesa dalam majlis-majlis sosial.

Aku memang susah nak bergaul dengan orang dan memang tak suka tempat yang ramai dengan orang. Tapi kalau dah terpaksa hadaplah juga. :-(

4. KESAN ATAS PERKARA-PERKARA YANG MUDAH DIBENCI

-Bunyi pintu ditutup dengan kuat.
-Bunyi telefon berdering.
-Bunyi wang syiling.
-Bunyi kunci.
-Suara orang lain mengeluh.
-Bunyi kertas bergesel.



Aku memang benci dengan bunyi bising. Terutama bila aku nak berehat atau beradu. Bunyi cicak pun kadang2 mengganggu gugat hati dan perasaan aku. :-p


5. KESAN ATAS EMOSI DAN SIKAP

-Bersikap negatif dan pesimis.
-Mudah sedih dan gusar.
-Terbawa-bawa dengan mimpi yang tidak baik.
-Hilang arah hidup.
-Merasa seolah-olah hidup tidak ada makna.
-Merasa bakhil.
-Tidak kasihan terhadap orang lain.
-Mudah tersinggung.
-Mudah bimbang.
-Sukar memberi tumpuan.
-Mudah merasa malu.
-Mudah merasa salah.
-Mudah merasa tercabar.
-Kurang sabar.
-Hilang maruah dan martabat diri.
-Mengelak berjumpa orang, pergi pejabat dan pergi majlis.


Memang senarai kat atas tu ada dalam diri aku. Rasa nak marah ja. Rasa nak belasah orang. Mulut dah macam puaka asyik kutuk, perli dan marah orang. Bila orang tegur rasa nak bagi penerajang. Tak taulah kenapa sejak kebelakangan ni jadi camni.

PENCERMINAN DALAM BAHASA TUBUH SEGI TANDA-TANDA STRES

-Bahu meninggi dari biasa.
-Kaedah bernafas bertukar dari normal menjadi lebih pendek.
-Tangan mudah menggigil.
-Pergerakan lebih laju dan lebih spontan dari biasa.
-Pergerakan bergegas tanpa tujuan jelas.
-Mengerut kening.
-Sentuhan leher atau dahi yang lebih kerap dari biasa.
-Meniup angin dari mulut ke hidung, dengan bibir bawah terkeluar.
-Sekali sekala menarik nafas dengan dalam.

-Menggenggam tangan sambil bercakap.
-Lengan menyilang perut.
-Tangan tidak boleh berdiam.
-Buat kerja dengan gerakan bising.
-Kelipan mata yang lebih laju.
-Kurang senyum.


Teruk juga tahap stres aku ni. Ishk cool down. Tapi tangan aku memang tak reti dok diam. Kalau tak main pusing-pusing pen atau pensil, aku akan garu kepala, garu dagu, garu hidung, tonyoh mata, korek hidung. Hahaha

APA PENDIRIAN ISLAM DALAM MENGHADAPI MASALAH?

Mencegah adalah lebih baik dari menangani. Kata ulama’: “Menutup segala pintu yang membawa pada kerosakan.”

Jika perlu pada menangani apabila masalah telah wujud, usaha mencegah tetap berjalan serentak.


FORMULA 1O T

1. TADABBUR

Erti: Mendalami pemikiran tentang tajuk tertentu sampai pada tahap menjadi lupa pada perkara yang lain.

Maksud yang diinginkan: Tadabbur Al-Qur’an yakni memahami, mendalami dan menghayati isi kandungannya – dapat melahirkan ketenangan jiwa.


2. TAFAKKUR

Erti: latihan dalaman yang menghasilkan perkembangan pemikiran dan ia adalah pengetahuan yang mendalam/ renungan/ memikirkan sesuatu.

Maksud yang diinginkan: Tafakkur alam yakni merenung, memikirkan tentang penciptaan alam – menghasilkan ketenangan jiwa.


3. TAWADDHU’

Erti: membasuh anggota-anggota khusus dengan tertib berserta niat.

Maksud yang diinginkan: mengambil wudhu’ apabila berada dalam keadaan stres – menghasilkan ketenangan jiwa.


4. TAQARRUB

Erti: mendekatkan diri.

Maksud yang diinginkan: mendekatkan diri kepada Allah SWT sehingga dapat menduduki tempat yang terhormat dan mulia disisiNya dengan cara mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.


5. TAHAJJUD

Erti: bangun untuk solat malam.

Maksud yang diinginkan: mengorbankan ni’mat duniawi demi merai niat menyembah Allah SWT.


6. TAKALLAM

Erti: berbicara/berkata-kata.

Maksud yang diinginkan: berbicara atau berkata-kata perkataan yang baik dan diredhai Allah SWT.


7. TADZKIR

Erti: ingat.

Maksud yang diinginkan: mengingati Allah SWT dengan cara berzikir.


8. TAWAKKAL

Erti: berserah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan.

Maksud yang diinginkan: mempercayakan diri kepada Allah SWT dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, berserah diri di bawah perlindunganNya pada waktu menghadapi kesukaran.


9. TADBIR

Erti: menguruskan sesuatu.

Maksud yang diinginkan: menguruskan kehidupan.


10. TASYKUR

Erti: berterima kasih.

Maksud yang diinginkan: berterima kasih kepada Allah SWT.

**Sumber: Diterima melalui kiriman e-mail daripada seorang sahabat.

***Sumber aku pulak dari http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?1.0000000859


RC : Masih lagi mencuba sedaya upaya supaya tidak stres. Tapi selalunya gagal.