Tuesday, 24 January 2012

Pilihan

Hampa dah tengok belum video mat luthfi pasai lalang. Kalau belum boleh tengok lah kat bawah ni.

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.(wikipedia:http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik)

Politik memang ada di mana saja. Kat shopping complex, warong, sekolah, pejabat, kaki lima. Yang pakai cantik, yang bergaya, ada pangkat, akan dilayan bagai raja. Yang pakai simple, sebelah mata pun tak layan. Yang naik kereta besaq, diberi laluan dulu. Yang naik kereta kecik, disuruh tunggu dulu. Yang nak dapat tender, melobi bagai nak rak. Yang nak naik pangkat, bodek tak kira masa.

Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ). (wikipedia:http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik)
Politik dan pilih kasih bagi aku sama saja, kita akan memburukkan orang yang kita benci, orang yang kita tak suka dan kita akan mengagung-agungkan orang yang kita suka, orang yang boleh memberi keutungan kepada diri kita. Dan bila orang yang kita agung-agungkan itu mengkhianati kita, kita mula membenci dia. Dan kita akan lakukan apa saja supaya dia boleh jatuh.


Aku dah muak dengan isu politik sekarang. Dengan isu yang langsung tak memberi kemajuan kepada negara. Isu untuk menjatuhkan sesama sendiri.
Dan aku dah banyak nampak adegan pilih kasih sejak aku tadika lagi. Aku tahu bagaimana perasaan gembira bila menjadi 'favourite person' dan aku tahu bagaimana rasa sakit hati bila jadi sebaliknya.

RC: Hanya pendapat peribadi, yang lahir dari sanubari.

Monday, 23 January 2012

Event oh Event

Lupa plak aku nak story morry kat hampa semua pasai benda alah ni gambar kat bawah ni.

Ni sebenarnya pasai pelancaran 1MalaysiaTV. Apa kebenda tu 1MalaysiaTV. Bahasa senangnya, hampa boleh tengok tv kat laptop atau iPad atau iPhone at mana Android Phone asalkan hampa ada internet connection. Aku hanya pakai broadband ja. Kalau 24jam aku tengok tv habislah limit. Huhuhu.

Event ni aku terlibat secara tak langsung. Event company lor, nak tak nak kena la join. Hari Sabtu dah kena pi opis. Ok gak la aku pi opis, sebab aku jumpa x-bf aku. hahaha. Perasan nak mampuih.

matlutfi dan anuar hadi melawat opis sebelum hari kejadian. 
Depa ka yang terlebih tinggi, atau aku ka yang terlebih rendah. hehehehe.

Hari Ahad, dengan perasaan sedikit malas aku sampai opis. Tugas aku, monitor semua channel dari start event sampai habis. Memandangkan channel lebih dari orang yang nak monitor, jadi habis semua PC kat situ di onkan.

Ni meja aku, tugasnya monitor TV3 supaya tak kejung.

Ni meja opis mate aku. Dia layan TV1. huahaha. gila boring

Ni Al-Hijrah. Memang semua orang kena usha-usha tengok.

Yang ni aku tak ingat channel apa. Tak salah aku TV2.

Ada la lagi beberapa channel yang dimonitor. Sapa tukang monitor? Aku, cik Dalila, en. Sudarsan(programmer import dari India) dan Mr. Jonathan(orang Vidiator import dari Korea). En. Ammar budak opis aku dan Mr. Patrick yang cute(orang Vidiator import dari Korea juga) kena lepak dekat AIMS tempat parking server.

Bila PM dah abis rasmi, dah blah, time tu dah leh tarik nafas lega. Tak da mana-mana channel yang kejung. Pastu terus pi lepak kat PWTC, sebab depa kata ada concert. OK, sangat10x tak best dan bunyi bass yang kuat buat aku rasa sakit dada dan otak. Dalam pukul7 lebih aku dah belah balik. Tak sanggup dok lama-lama kat situ. Yang tengok orang menyanyi tu pun berapa kerat ja.

Ni bebudak opis aku yang jaga booth e-rama. Aku pi bertenggek kat situ pun dah pukul4 lebih. Sempatla bersembang dengan matlutfi 2-3minit sebelum dia belah balik. Hehe

RC: Sapa yang rasa nak ajak aku pi tengok concert lepas ni sila lupakan saja niat anda. Tak boleh tahan dengan bunyi kuat ni, sakit otak dan dada lor.

Sunday, 15 January 2012

Next Step


Cemburu, iri hati tapi bangga dan gembira. Itu yang boleh aku katakan bila melihat kawan-kawan aku sambung belajar. Memang ramai kawan aku yang sambung amik Master. Intan Liyana kawan aku sejak darjah 5, tengah habiskan master dekat USM. Sepupu aku Naemah tengah habiskan master dekat UTHM dan Noraini dekat UM. Kak Yang plak dah jadi lecturer selepas habiskan master dekat UTHM. Hayani dan Kak Dayout, kawan UIA aku dah habiskan master dekat UIA. Najma dan Sidek tengah amik master kat UIA secara part-time. Husna, dah selamat terbang sambung master di Durham, UK. Kawan sekolah menengah aku Hafizul sibuk menghabiskan master besama isteri dekat Egypt. Haslina, member aku sejak sekolah menengah dah habis master dekat UIA. Ustazah Salha, ustazah aku masa sekolah menengah, dah habis belajar dia dekat UIA. Tapi aku masih di sini. Tiada peningkatan, tiada penambah baikkan. Tiada kemajuan yang aku rasakan. Kecuali penambahan berat badan. :-D


Ada yang kata, "Hang tu pompuan. Tak payah belajaq tinggi2. Pi belajaq masak lagi baguih". <-- mentang2 aku tak reti masak.
Ada yang kata, "Tak payah la belajaq tinggi2. Bila suruh buat kerja tak reti juga, kena orang ajaq. Habis tu buat apa pi belajaq tinggi2, jauh2". <-- Dah belajaq benda lain, suruh buat kerja benda lain. Lagi pun belajaq tu teori kerja tu praktikal.
Ada yang kata, "Buat apa nak sambung belajaq. Kerja nanti buat benda yang sama juga". <-- Kalau dah suruh buat kerja yang sama.
Ada yang kata, "Buat habis duit ja. Bersyukur la dengan apa yang ada. Baik cari pengalaman kerja". <-- Aku nak cari pengalaman belajaq sama.
Ad yang kat, "Hang pi ja mana2 company yang leh bagi hang sambung belajaq." <-- But I'm stuck here. Interview dah merata tapi tak dapat gak. Awatla susah sangat nak jump pi tempat lain.
Ada yang kata, "Hang bodek ja bos. Dapat naik pangkat dan gaji. OK la tu kan. Tak payah sambung belajaq semata-mata nak naik gaji dan pangkat." <-- Aku nak sambung belajaq bukan nak kejar gaji tinggi dan pangkat besar.
Ada yang kata, "Hang tengok aku, SPM aku lagi teruk dari hang. Tengok camna aku hidup sekarang. Gaji aku lagi banyak dari hang. Enjoy ja aku hidup. Boleh pi jalan2 oversea. Jomla join aku masuk MLM. Hang dok bawah aku, lagi cepat naik." <-- Yang ni memang nak kena belasah dengan aku.


Selagi aku masih di sini, segala perancangan dan cita-cita aku terpaksa ditunda. Aku sendiri tak tahu bila putaran kehidupan aku di sini akan terhenti supaya dapat aku mulakan langkah yang baru di tempat yang baru. Putaran kehidupan yang aku rasa semakin hari semakin bosan. Tiada lagi semangat untuk terus berjuang seperti 3 tahun yang lalu.

RC: Semangat yang hilang, yang tinggal hanya keterpaksaan.

Saturday, 14 January 2012

Peluang Kedua


Allah akan sentiasa memberi ujian kepada hamba-hamba-NYA. Dalam setiap ujian tersebut adakalanya kita berjaya mengharunginya, ada kalanya kita tewas. Adakalanya Allah memberi kita banyak peluang, tapi kita sering mensia-siakannya. Adakalanya kita sedar kesalahan kita dengan cepat, adakalanya lambat. Bila kita tersedar akan kesalahan tersebut, kita akan sentiasa meminta diberi peluang sekali lagi. Allah sentiasa menyayangi hamba-hamba-Nya. DIA akan sentiasa memberi peluang selagi hamba-hamba-NYA masih bernyawa.


Tapi antara manusia dengan manusia agak sukar untuk mendapat peluang kedua. Andai sekali tersalah langkah, selamanya dianggap salah. Hanya kekecewaan dan penyesalan yang menyelubungi diri. Begitulah aku sekarang ini. Aku hanya berharap mungkin ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku ke atas diriku. Mungkin Allah ingin tunjukkan kepadaku tentang kehidupan di dunia ni yang perlu aku tempuhi untuk dijadikan ikhtibar dan pengajaran. Dunia yang penuh dengan hasad dengki dan iri hati. Dunia yang penuh dengan kasih sayang dan pengorbanan.


RC: Aku berharap aku diberikan peluang kedua supaya aku dapat membuat keputusan dengan tenang, betul dan tepat. Keputusan yang tidak akan membuatkan aku menyesal dikemudian hari.