Friday, 23 September 2011

Si Kecik dan Keretapi

Waktu ni si kecik hantar aku balik KL. 
Aku balik naik keretapi jam 11 malam. 
Jam 7 pagi aku sampai KL Sentral. 
Jam 8 pagi aku sampai opis. Hehehe.
Sila click dekat gambar untuk lihat lebih jelas. :-D



Si kecik memang takut dengan bunyi yang kuat. 
Kalau ayah aku bersin kuat, dia akan menangis sebab ingat tok wan kesayangan dia marah dekat dia. 
Kalau mak aku tengah blend ikan, dia akan lari dok jauh-jauh. 

RC: Haila si kecik. Rindu dengan mulut pot pet pot pet dia. Aku pakai paint ja. :-D

Friday, 16 September 2011

Budak Penjual Kuih


Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.