Wednesday, 31 August 2011

Mencari Damai : 9 (22 & 23 Ogos 2011) Balik

Jam 7 pagi dah pakat berkumpul di lobi hotel. Ada yang sempat shopping kali terakhir. Ada yang sibuk bergambar. Jam 9 pagi bas dah muncul. Perjalanan dari Madinah ke airport di Jeddah kejap ja. 4jam 30minit. Sampai di airport kami solat jama' Zohor dan Asar.

 sanggup lintas jalan sebab nak amik gambar depan hotel.

Mencari Damai : 8 (20 & 21 Ogos 2011)

20 Ogos 2011 kami masih lagi di Jeddah. Mulanya jam 11 pagi kami akan berangkat ke Madinah, tapi di tunda ke jam 2 petang.

Perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kami berhenti untuk berbuka di satu kawasan rehat.

Mencari Damai : 7 (18 & 19 Ogos 2011)

18 Ogos 2011 dah tak da sesi ziarah ke mana-mana. Sesiapa yang nak buat umrah boleh naik teksi. Teksi selalunya lebih kurang 20 riyal untuk satu perjalanan. Diorang akan sebut umrah... umrah... umrah. Maksudnya, sapa yang nak buat umrah diorang akan bawa untuk bermiqat di Taneem. Itulah tempat yang paling dekat.
lepas Subuh

Mencari Damai : 6 (17 Ogos 2011)

Seperti biasa berkumpul di lobi jam 6 pagi. Sekali lagi kami lalu di Mina, Muzdalifah dan Arafah. Jam 6.45 kami tiba di Muzium Warisan Manusia. Muzium purba persendirian. Masuk dikenakan bayaran. Berapa aku tak taulah sebab dah sekali dengan package. Di sini banyak gambar lama sebelum Masjidil Haram dibesarkan. Barang-barang lama, kitab-kitab lama dan adat-adat orang Mekkah.


Mencari Damai : 5 (16 Ogos 2011)

Hari ni lawatan sangat pendek ja. Sepatutnya kami pergi melawat ke Perkuburan Ma'la pada 13 Ogos hari tu. Disebabkan dreba salah dengar dia bawa terus pi Taneem. Jadi hari ni kami dibawa ke Perkuburan Ma'la.
Di sini letaknya makan Saidatina Siti Khatijah, isteri Rasulullah.


Mencari Damai : 4 (15 Ogos 2011)

Hari ni kami pi melawat banyak tempat. Semua dekat-dekat dengan kawasan Mekkah juga. Seperti biasa berkumpul di lobi jam 6 pagi. Tempat pertama kami lawat adalah Jabal Thur(Bukit Thur). Aku hanya amik gambar dari dalam bas. Kami tak turun pun. Di sini terdapat Gua Thur tempat persembunyian Rasulullah dan Saidina Abu Bakar dari orang-orang Quraisy yang hendak membunuh Rasulullah.

kalau dari dekat boleh nampak ada orang sedang mendaki.

Mencari Damai : 3 (14 Ogos 2011)

Rutin pagi dan malam macam biasa, subuh, isya dan tarawih di masjid, yang lain semua di hotel sebab tak sanggup nak redah bahang panas matahari. Jarak dari hotel ke Masjidil Haram lebih kurang 2KM. 2 kali kena lintas jalan. Kat sini nak lintas jalan tak payah tengok kiri kanan. Tengok kanan ja sambil angkat tangan pastu jalan ja. Kalau kena langgar diorang yang salah. Hehehe. Sini setiap masa akan dengaq bunyi hon. Tak da apa-apa pun diorang akan bunyikan hon. Aku pun tak tau kenapa. Pak arab gaduh sebab berebut sapa yang nak pi dulu dekat lorong yang kecik pun aku pernah tengok. Kata ustaz orang-orang Mekkah ni garang-garang, begis dan tegas. Itu kapala ada batu juga duduk dalam. Hehe.

Mencari Damai : 2 (13 Ogos 2011)

Seperti hari sebelumnya, jam 3 pagi kami semua sahur. Lepas sahur terus pi Masjidil Haram untuk solat Subuh. Balik subuh terus bersiap untuk berjalan-jalan. Jam 6 dah berkumpul kat lobi untuk pergi ke Taneem. Hari ni aku tak buat umrah. Penat buat umrah semalam tak hilang lagi. Terasa sakit betis dan tumit. Tumit aku merekah sebab jalan atas tar tanpa kasut.

selepas subuh di luar masjid

Mencari Damai :1 (11 & 12 Ogos 2011)

Minggu ni story morry aku panjang. Al-maklumlah dekat 2 minggu menghilang dari Tanah Melayu.
Packing barang dah mula awal. Berapa kali aku buka tutup beg pun aku tak tau dah. Ada ja benda yang disumbat dan dibuang. Selagi tak bergerak, selagi tu la beg tu dok buka tutup.

Rabu, 10 Ogos 2011. Sepupu sepapat, pak menakan, mak sedara dah mai berkumpul kat rumah lepas solat Asar. Berbuka hari tu memang meriah. Kira semperna hari lahir aku dalam tahun Hijrah, 10 Ramadhan. hehehe.