Monday, 29 November 2010

First Time at AIMS

Lepas Raya Haji, bos bagi tau kena hantaq 12 biji server pi AIMS hari Khamis 25hb Nov 2010. Awal dari apa yang dijadualkan sebelum ni 27hb Nov 2010 (cam ayat berita skit :-p). Aku pun tanya la, gurl2 ni leh pi tak? Bos cakap tak boleh. Kecewa di situ.


Nama dan no IC untuk masuk AIMS dah bagi hari Isnin. Hari Rabu, sebelum balik aku tanya lagi bos, esok gurl2 leh ikut tak? Jawapannya ialah diam. Bos aku terus belah balik. Waaaa... kacewa, kira tak dapat ikut la tu. kena tinggal la jawabnya.

Friday, 26 November 2010

Mencari Ketenangan

Hari Jumaat yang malas. Kalau Jumaat ja confirm aku akan rasa malas. Kalau 10 kerja bos bagi 1/40 ja siap. kalau rajin skit 1/20 siap. So, aku dan Miss D pun memulakan operasi bermalas-malasan. Tempat pertama dituju adalah Tingkat 4, The Mall. Apa ada kat situ??

Tuesday, 16 November 2010

Aku yang Biol

Sekarang ni aku tengah melepak kat Starbucks, The Mall. Tengah tunggu cik Farah mai amik aku balik Penang semperna menyambut Aidil Adha. Hajat hati memang tak mau balik. Awal-awal lagi dah story kat mak aku kata tak balik Raya Haji ni. Aku balik time Deepavali ja. Cuti Aidil Adha sehari ja,  penat la juga kalau nak balik naik bas. Maka aku pun buat la status kat Facebook yang berbunyi....

Monday, 15 November 2010

Check Myself, Yourself, Ourselves First

Hari Sabtu yang damai. Bebudak rumah aku semua pakat tak sedaq diri lagi. Pukul 9.45 pagi aku pun keluaq dari rumah pi opis. Ya, kena kerja hari cuti ok. rajin kan aku? Boleh jadi pekerja cemerlang, gemilang, terbilang kan? Tak pernah lagi aku dapat award pekerja contoh ni. Sebab tak pernah ada award pun. Hehe :-D
Dipendekkan cerita, maka merempitlah aku ke opis. Memandangkan jalan agak lengang, 10 minit dah sampai opis. Tunggu lift adalah satu penyeksaan. Masa aku naik lift, ada la dua orang mak cik ni berlari2 anak nak naik lift juga. Apa yang depa sembang membuatkan aku berfikir sejenak.

Friday, 12 November 2010

10 Kelebihan Coca Cola

Kenapa air coca cola dicipta? Sebenarnya banyak kegunaan air Cocal cola ni. Air Pepsi pun aku rasa lebih kurang sama je dengan Coca cola ni. Fakta-fakta(bukan auta) kat bawah ni berdasarkan kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

25 Tanda-tanda Sakit Yang Perlu di Ketahui

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)


a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

b) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

c) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

d) Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)


a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c) Bersin

i· Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii· Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..

c) Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG 

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman) 

a) Bibir pucat

i. Sistem penghadaman yang lemah.

ii. Perut mengandungi angin.

iii. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b) Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

 a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

 a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT BERPELUH :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL 

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR

 Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan umbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

 a) Sakit Sendi

i. Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii. Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.

f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN 

a) Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.

b) Pening/Sakit Di Bahagian Depan KepalaMenandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.

c) Pening/Sakit Di Bahagian Belakang Kepalai) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

d) Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga :Menandakan penyakit migrain.

e) Bisul Terjadi Di KepalaTanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f) Rasa Pening Yang MemusingTanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH 

a) Loya/Muntah : Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) Muntah Darahi. Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkongii. Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK 

Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING 

a) Kerap kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 

b) Air kencing berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) Air kencing berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) Air kencing pekat berwarna coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) Air kencing berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR 

a) Cirit-Birit/ Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) Najis Berdarahi.

i . Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

 a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.

i. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan

.iii. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan

.iv. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) Badan Terasa Berat/ Malas/ Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan.

c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Inimenandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT 

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH

 Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT 
Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : 

 a) Sistem jantung yang lemah.

b) Sistem saraf otak yang lemah.

c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL 

Sistem penghadaman yang lemah.

Selalulah berdoa agar kita sentiasa mendapat kesihatan tubuh badan yang baik. Jangan lupa untuk bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat.. InsyaAllah


Kalau ada diantara pembaca ini seorang doktor, bolehlah sahkan info ini. Atau kalau ada yang boleh bertanya kepada mereka yang berkelayakan, tanyakan dan kongsi dengan kita semua, adakah info ini boleh dipakai atau tidak.

Wallahualam.

Tuesday, 9 November 2010

Sentiasa Bahagia Hendaknya

Tetiba aku rasa nak letak ayat2 puitis. MahMOOD aku skrang, puitis + jiwang karat.
Sejak ada si kecik ni, jiwa sensitive skit. Cepat nangis, cepat marah, cepat merajuk cepat lah dalam segala jenis emosi. Buat kerja masih lambat + lembab. Sebab tu la asyik kena marah dengan bos.
Bila bos marah, air mata pun mula mengalir...
Bila member bergurau kasaq, terus marah...
Ya ka???
Apa2 pun, layan je lah ayat2 puitis jiwang karat ni. :-D