Saturday, 16 October 2010

Kenapa Lambat Bertemu Jodoh

Mengapa kita lambat bertemu jodoh? kalau orang utara cakap 'Awat lambat sangat kawin'.
Ni aku cedok dari website feryco.com memang banyak la juga tip-tip kat dalam website tu.
Aku hanya sekadar kongsi ja la. kot2 la hampa malas nak pi website tu kan.
Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.
Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh?

pemalu leh jadi punca kurang usaha, cam aku ni. Pemalu gila. :-D

Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

#- Aku memang tak usaha pun sbb aku kata kat parents aku klu nak aku kawin carikan la. Aku takkan cari. Malu.. :-D huhuhu.. -#
2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam nak jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

siapkan diri sebelum bergelar suami/isteri

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

#- Aku memang tak bersedia langsung dari semua segi. Masak tak reti. Mengemas malaih nak mampuih. Penampilan selekeh gila. ASyik nak tido ja. Jadi memang tak layaklah. Orang tengok pun dah tau tak layak buat menantu. Anak hantu boleh la kot. :-D -#

3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.
Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

Operasi bersihkan hati kena buat tetiap hari.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

#- Proses ni memang aku kena buat tetiap hari(kadang2 lupa gak). Al-maklumla aku baru lepas kutuk orang. Nak ikutkan tiap2 ari aku dok maki orang. Tapi dalam hati la. Selalunya atas jalan raya time tengah jam gila. :-D -#
4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh?

org yg berhati bersih, doanya mudah dimakbulkan

Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

#- Ya, hati aku masih kotor, aku memang tak sempurna lagi. Asyik nak marah ja. Camna nak bersih hati. -#
5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak.

Restu keluarga InsyaAllah akan mengekalkan jodoh hingga ke akhir hayat.

Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar. Banyak kes, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

#- Inilah penyebab aku suruh parents aku cari. Ditambah plak aku ni anak pompuan tunggul tunggal dalam keluarga. Tapi depa tak cari pun. hahaha :-D -#
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Dua org sepupu aku dah kena. Alhamdulillah depa dah makin baik. 
Hanya kerana cinta ditolak dan putuskan tali pertunangan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

#- Alhamdulillah, setakat ni aku rasa aku tak kena benda alah ni. Dan semoga aku selalu dilindungi Allah daripada terkena benda alah ni. -#

Ada doa yabg boleh diamalkan untuk mendekatkan jodoh.

korang boleh amalkan

RC: Jadi jgn tanya aku bila aku nak kawin. Sebab aku dah penat dengaq soalan camtu. 

2 comments:

Tihara said...

kadang2 jodoh datang secara natural

Pusat Komuniti Telecenter Kg Alai said...

bersabar je laa

Post a Comment